Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Tuesday 30 August 2016

Say Hi To Cikgu Farah :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Dapat jugak Cikgu Farah update blog untuk pertama kalinya dalam dunia Al Kindi ni. Salam perkenalan, salam pertemuan buat mereka-mereka yang telah mengenali saya atau baru hari ni tengah baca-baca blog ni, baru kenal saya. hehee.. Cikgu Farah ambil alih kelas 4 Tahun. hehe. menggantikan cikgu Ain.


Untuk entry pertama ni, eloklah kalau saya perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Nurfarah Umirah binti Abd Rashid. Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Kewangan dari UiTM Shah Alam/Puncak Alam. 2 Tahun berada di Shah Alam manakala tahun terakhir, batch kami dipindahkan ke Puncak Alam sebab fakulti baru dah siap. hehe. 

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana saya boleh berada di Al-Kindi sebagai salah seorang tenaga pengajar di sini. Alhamdulillah.. Ini rezeki saya buat masa ni. Alhamdulillah, Allah berikan anak-anak ini untuk saya, jadi saya terima dengan sepenuh hati tanggungjawab ni. Saya senang bersama mereka dan saya seronok bersama mereka. Walaupun tiada pendidikan secara formal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, namun pengalaman dalam kehidupan seharian, perkongsian ilmu dan idea dari orang sekeliling dan juga pengetahuan dari segi bacaan sedikit sebanyak membantu saya dalam bidang ini.


Semasa awal2 kelas. Masih di bawah bimbingan cikgu Ain ketika ini.

Sebelum murid-murid cuti berhari raya.

Hi Amsyar


Walaupun pada awalnya saya akui, saya hampir give up melayan karenah kanak-kanak ni pada hari pertama sesi persekolahan tanpa bantuan Cikgu Ain. hehe.. (seminggu pertama saya bersama Cikgu Ain. Cikgu Ain menerangkan segala yang berkaitan dengan anak2 murid dan juga tadika) . Yelah, mungkin disebabkan saya masih baru. Terasa saya dibuli oleh anak2 tadika. Hampir menangis saya dibuatnya. hahaa.. Alhamdulillah hari demi hari, semuanya menjadi lebih baik. 

Sesungguhnya, tanggungjawab mendidik dan mengajar itu bukan mudah. Kesabaran, kesungguhan, kecekalan hati yang sangat tinggi diperlukan untuk berhadapan dengan mereka. Pelbagai karenah, ragam dan tingkah laku yang boleh kita lihat hari-hari. Ada kalanya menguji kesabaran cikgu dan ada kalanya sangat mencuit hati cikgu. Moga Allah permudahkan perjalanan Cikgu Farah pada hari-hari yang mendatang. Jumpa lagi pada entry seterusnya. InsyaAllah..  Keep it up, don't give up !



 ..Ceritera Cikgu Farah..  



3 comments:

  1. Tq Cikgu Farah...sudi mendidik anak2 Al-Kindi 4thn...ajar Balqis sampai pandai yer..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tq Cikgu Farah...sudi mendidik anak2 Al-Kindi 4thn...ajar Balqis sampai pandai yer..huhuhu

    ReplyDelete